Homemade Chocolate With Love

10 Jun 2014

Cookies Hari Raya Aidilfitri 2014

Salam.

Untuk tahun 2014, Afila Coklat memperkenalkan cookies homemade resepi istimewa utk jualan Hari Raya Aidilfitri 2014. Penghantaran seminggu sebelum raya di kawasan Perlis, Alor Setar, Jitra, Seberang Jaya dan Kulim sahaja. Tempahan dibuka mulai hari ini sehingga 12 Julai 2014. Sebarang tempahan sila inbox di fb pages Afila Coklat atau sms/wsapp di talian 0194617217.


Butter Cookies


German Cookies


Nestum Crunchy Cookies


Coklat Chips Cookies


Dahlia Cookies

1 Jun 2014

Persediaan Melangkah Ke Gerbang Perkahwinan






Perkahwinan mengikut istilah adalah penyatuan atau percampuran. Menurut istilah syara’ pula, perkahwinan adalah ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang di ucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang di tetapkan Islam.

Dah kahwin? Kalau belum, mari baca beberapa tips persediaan perkahwinan, dan kalau yang dah kahwin dan ingin melangsungkan perkahwinan lagi, apa salahnya membaca juga kan?

Perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat penting, jadi perkahwinan bukan melibatkan persediaan persalinan semasa majlis perkahwinan dan barang hantaran saja, malah ia membabitkan soal persediaan emosi, spiritual, ekonomi dan fizikal. Berikut merupakan sedikit senarai semak, sebagai tanda persediaan perkahwinan.

- Perkara yang boleh di anggap penting. Pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan perlu menyediakan budget kahwin yang mencukupi. Budget kahwin ni termasuklah semua perkara, dari segi hantaran, persalinan, jurusolek, jurugambar, makan, cenderahati kepada tetamu dan lain-lain perkara yang termasuk dalam budget perkahwinan. Lebih penting, perlu juga memastikan ada baki dalam akaun simpanan, takut nanti lepas kahwin, kena puasa berbulan-bulan.

- Penting untuk memilih tarikh bagi merisik, bertunang, bernikah dan berkahwin (pihak perempuan) dan majlis menyambut tetamu (pihak lelaki). Pemilihan tarikh yang sesuai amat penting supaya majlis yang akan berlangsung juga akan menjadi lebih meriah.

- Kahwin pun kena pergi kursus. Jangan pula nanti main redah je. Ok, sila pastikan diri telah menghadiri kursus kahwin, yang melayakkan kita kahwin. Kursus macam ni, ada yang liat nak hadiri juga?

- Perbincangan ni termasuklah persediaan untuk konsep perkahwinan, adat perkahwinan, menentukan perbelanjaan, kad jemputan, dan juga tempat berbulan madu. Hahah, ini pun masuk dalam persediaan perkahwinan ke? Entahlah, ye kot, senang nak merancang kan.. Jadi, lakukan perbincangan dan sebaik-baiknya di persetujui kedua-dua belah pihak.

- Nak kahwin, mesti lah ada pasangan pengantin kan? Jadi, mungkin ini perkara utama yang perlu di sediakan dalam persediaan perkahwinan. Kalau boleh biarlah pasangan suka sama suka, jangan pula masih ada kahwin paksa-rela, ei ni kahwin betul-betul la, bukan cubaan!

Haa, itu merupakan senarai yang di fikir perlu di sediakan untuk persediaan perkahwinan. (^____^)v


Candy Buffet Wedding



Assalamualaikum wbt & Salam Ceria

Cuti sekolah sudah bermula...pastinya banyak jemputan perkahwinan kan?

Perkahwinan zaman dahulu dgn sekarang byk perbezaannya.

Salah satunya "Candy Buffet"

Ok jom kita cuci mata Candy Buffet yg kami sediakan utk majlis perkahwinan Akmalriza & Aziizul di Felda Chuiping,Perlis pada 25 Mei 2014.

Semoga kalian berdua bahagia hingga ke syurga.

Untuk sebarang pertanyaan/tempahan sila emailkan kpd afilacoklat@gmail.com atau msg/call/wsaap kat no nie ye 0194617217.