Homemade Chocolate With Love

19 Ogos 2013

Khas utk Peminat : Puding Oreo


Salam Aidilfitri drpd Afila Coklat

Hari ini, fila ingin kongsikan 1 resepi utk anda...khas utk peminat Afila Coklat ;)

Sangat senang resepi ini.

Anda blh menghidangkan puding yg sgt sedap ini utk tetamu anda...raya kan sebulan kan u olls...kehkeh

So jom kita intai resepinya

Bahan2nya :

1 paket agar-agar tali (kalo nak guna serbuk agar2 pun blh jgk - 10g serbuk agar2 ye
3 cawan air
1/3 gula pasir
1 tin susu cair
milo (ikut suka hati la pekat mcm na)
Biskut oreo (buang intinya + patah2kan)

Cara Nak Buat : 

1. Masak agar2 dgn air. Kacau sampai agar2 cair.
2. Masukkan gula dan kacau hingga larut.
3. Masukkan susu & kacau sampai mendidih.
4. Asingkan 2 adunan & panaskan dlm periuk lain.
5 Masukkan 1 adunan dgn milo. Biarkan sejuk & keras.
6. Masukkan adunan lagi 1 & taburkan biskut oreo.
7. Sejukkan puding dlm peti ais.

~ SELAMAT MENCUBA!

0 comments: